Ketua Sektor Psikologi dan Kaunseling

Hj. Hashim Bin Haron
Program Sharing Unit Kaunseling telah berjaya dijalankan sepanjang Tahun 2011. Pada tahun 2012, Unit Kaunseling bercadang untuk bergerak lebih aktif dalam merealisasikan perancangan yang telah di buat.
Pembangunan Profesional
Pengurusan Kaunseling
Program 'Sharing & Caring'
Program ini merupakan program wajib Sektor atau Unit Psikologi dan Kaunseling di Negeri Sembilan. Program ini biasanya adalah program ziarah rakan-rakan warga pendidikan di Negeri Sembilan yang ditimpa musibah atau dugaan Tuhan seperti penyakit, kemalangan, kematian ahli keluarga dan bencana alam yang menimpa seperti banjir dan kebakaran. Biasanya warga yang ditimpa musibah ini akan diziarahi oleh Kaunselor untuk bertanya khabar berita dan menyampaikan maklumat tentang kebajikan yang boleh diperolehi oleh klien serta pengurusan perhidmatan beliau dari segi keperluan cuti atau 'pool'.
Jika ada keperluan untuk klien yang ramai seperti pengalaman mangsa banjir di Tampin pada tahun 2011, di mana klien atau guru dan kakitangan warga pendidikan yang terlibat hampir 70 orang, Unit Psikologi dan Kaunseling PPD Tampin (UPsK) telah mengatur program 'Sharing & Caring' ini dengan pengisian kaunseling kelompok yang melibatkan rakan-rakan kaunselor dari seluruh PPD di Negeri Sembilan, Ketua Sektor dan Penolong Pengarah Psikologi dan Kaunseling JPNS (SPsK) serta Setiusaha Bahagaian Psikologi dan Kaunseling KPM (BPsK). Perkhidmatan bantuan psikologi ini sangat bermakna dalam membantu klien ke arah pemikiran positif serta membantu dari segi pengurusan stress dan trauma yang berlaku.
Program 'sharing & caring' ini juga tidak sahaja tertumpu kepada klien atau warga pendidikan yang ditimpa musibah sahaja tetapi juga kepada warga yang mendapat kejayaan yang boleh dikongsi bersama dari segi pengalaman dan ilmu seperti kenaikan pangkat atau mendapat anugerah daripada pihak Kerajaan Negeri atau Istana. Selain itu juga program ini dipanjangkan kepada menziarahi atau kunjung hormat rakan-rakan warga pendidikan yang akan menamatkan perkhidmatan awam secara wajib (bersara). Hasil pengalaman mereka ini serta perkongsian ilmu yang ada dapat dimanfaatkan oleh para kaunselor dan klien ke arah pemantapan ilmu dari segi psikologi.
Last Updated on Tuesday, 15 May 2012 10:01